Ciri-ciri baru Blog CiHM
New Features!
- Links didalam Upcoming Events boleh di klik. Ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli yang melayari blog CiHM untuk mengemas kinikan tentang akitiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh CiHM.
- Senarai perkataan yang dipost untuk artikel "Sehari Sepatah Kata - Mari Mengenali Bahasa Tutong" telah disediakan di bawah kategori Archives.
- Untuk memberi komen post, anda boleh mengklik link yang berada di sebelah kanan bawah post tersebut.
Blog Posts
Upcoming Events
| Function | Event Date |
|---|---|
| Belajar menguruskan jenazah | Dec |
Reminder
Wednesday, October 20, 2010
2 dalam 1 tahun ini
Kepada ahli keluarga yang ingin ikut serta majlis ibadah korban, sila beritahu kepada saya atau ahli-ahli jawatankuasa kerja CiHM.
Selain daripada itu juga ingin mencari tempat untuk melakukan ibadah korban. Oleh kerana itu jika ada yang ingin mengadakan ibadah korban di kediamnya boleh memberitahu saya atau ahli-ahli jawatankuasa kerja Cihm.
Peringatan kepada ahli-ahli yang ikut meloncong ke Kota Kinabalu (KK) pembayaran adalah selewat-lewatnya pertengahan bulan 11 ini. Pembayaran boleh diberikan kepada saya.
Selain itu bagi siapa-siapa yang ada cadangan untuk aktiviti ke KK nanti boleh dikongsikan dengan saya. Aktiviti-aktiviti yang dikongsikan itu akan dipertimbangan dan akan dijalankan akan tetapi tertakhluk kepada keadaan dan masa.
sekian,
Pengerusi committee CiHM
Inception Fc juara minggu ke-8
Ini merupakan minggu pertama persaingan setelah diumumkan oleh pengerusi mengenai liga elite cihm dan menampakkan pasukan yang masih berada di kelompok bawah berusaha untuk melayakkan diri. Persaingan sengit dapat dilihat di antara pasukan2 yang masih mengintai peluang untuk melayakkan diri. 5 pasukan yang mengumpul mata melebihi 70 minggu ini hanya 1 pasukan yang berada di kelompok 10 teratas.
Dalam persaingan di persada liga pula menyaksikan penguasaan nexus masih berterusan namun kali ini semakin banyak pasukan yang merapati jurang mata di puncak liga. Ketika ini 7 pasukan sudah melepasi mata 400. pasukan detik2bahaya yang hanya menduduki tangga kedua sebelum bermulanya perlawanan turun dua anak tangga meletakkannya di tangga ke 4 liga.ketika ini Selingkuh FC dan MF FC menduduki tangga kedua dan ketiga dengan mengumpul mata yang sama.
Lain halnya pula dengan persaingan untuk bulan oktober ini, yang mana juara bulan ini juga bakal menempah tempat ke saingan liga elite cihm. Pada ketika ini kedudukan tersebut dikuasai oleh pasukan-pasukan yang mencari tempat untuk melayakkan diri ke saingan liga elite. dari 10 tempat teratas hanya pasukan ra112,MF FC dan kirinankiri fc yang sudah layak dan kini mereka juga sudah di sertai oleh pasukan Inception FC.
Tuesday, October 19, 2010
Saturday, October 16, 2010
HITB SecConf
Assalamualaikum…cuma ingin berkongsi dengan ahli-ahli cihm semua..sedikit gambaran conference yang saya ikuti selama 2 hari di Kuala Lumpur. Lokasi bagi conference tahun ini adalah di Crowne Plaza hotel (berdekatan dengan KLCC & Pavillion).
HITB adalah singkatan bagi Hack in The Box, dan ianya adalah satu badan/komuniti yang berkaitan dengan hal-hal “cyber security/hacking”. Conference ini diadakan setiap tahun, bagi membincangkan dan mengongsikan ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut.
Pada tahun ini, seramai lebih 10 orang yang sudah popular dikalangan komunity cyber security hadir bagi mengongsikan hasil kajian terbaru mereka. Gambar-gambar dibawah adalah sebahagian daripada yang sempat dirakamkan semasa conference tersebut:
- Agenda HITB bagi tahun ini…
- sebahagian daripada orang yang hadir…
- Lock picking village..tempat belajar cara mematahkan sekuriti kunci
- Nah ini dia group yang expert dalam mematahkan sekuriti kunci….dipanggil “ToooL”…berasal dari Amsterdam
- Capture the flag…pertandingan memecahkan sistem sekurit…ada 8 kumpulan yang harus mencuba untuk memecahkan sistem satu sama lain…
- Ini adalah team dari Japan dan Vietnam…jangan pandang rendah akan “kehandalan” Vietnam..
- sebahagian dari team-team yang mengikuti pertandingan tersebut..
- yang ini…adalah junior saya…jangan tergoda dengan keayuannya..hacking skillnya sudah boleh dikatakan expert…
ok la…mungkin itu sahaja dulu untuk post saya kali ini….
assalamualaikum…
Friday, October 15, 2010
berita KK
kepada yang sudah kompom menyertai atu, sabar-sabartah dulu menantikan filem badal episod 2 hehe..
slot ke 10 jadi rebutan
Setelah diumumkan pada awal minggu ini oleh pengerusi cihm mengenai liga elite cihm, 9 slot untuk layak ke liga elite cihm telah diketahui,minggu ini bakal menyaksikan 1 lagi pasukan bakal melayakkan diri ke liga elite tersebut.persoalanya sekarang pasukan manakah yang bakal mengisinya?
Setelah berehat pada hujung minggu lepas, perlawanan fantasy bersambung semula minggu ini yang bakal menyaksikan 1 pasukan melayakkan diri ke liga elite cihm dengan menjuarai carta minggu ini. Pada minggu ke-7, sebanyak 7 pasukan Berjaya mengungguli carta dengan mata melebihi 50. Namun begitu dari 7 pasukan tersebut, lima daripadanya sudahpun melayakkan diri ke liga elite cihm. Dua pasukan yang belum melayakkan diri tersebut ialah pasukan Tufie Fc dan pasukan JgnPumcit Fc yang hanya tewas menerusi kiraan bonus pasukan. Bolehkah kedua pasukan ini melayakkan diri pada minggu ini? harus kita ingat juga bahawa masih banyak pasukan yang menduduki tangga teratas liga ketika ini belum melayakkan diri. Mungkinkah kita menyaksikan kebangkitan pasukan seperti sinarx fc atau Tukang Masak FC sekaligus melayakkan diri ke liga elite cihm?Pasukan-pasukan yang berkedudukan carta bawah liga jangan pula dilupakan, ini terbukti apabila kirinankiri fc yang masih berada dalam kelompok tersebut sudahpun melayakkan diri. Apa mungkin kali ini giliran kananrikanan fc pula yang melayakkan diri?
Dalam persaingan untuk menerajui liga pula nexus mengalami tekanan hebat dari pasukan dibawahnya yang mana nexus hanya mendahului dengan 2 mata berbanding dengan 19 mata pada sebelumnya. Mungkinkah pasukan Detik2bahaya Berjaya memintas pasukan nexus atau ada pasukan lain yang lebih menyerlah untuk memintas dan menerajui liga?Apakah keyakinan pengurus Detik2bahaya ketika ditemubual dapat ditafsirkan ke carta liga? pasukan saatkecemasan pula semakin mendaki liga ketika ini dan diberitakan pengurusnya telah menjalani krusus strategi di luar negara pada minggu ini untuk memastikan pasukannya dapat merapati jurang pasukan diatas. Sama-sama kita nantikan keputusan fantasi minggu ke 8 ini.
Monday, October 11, 2010
MASIH ADA PELUANG!!!
Bagi memberi peluang yang seimbang untuk pasukan-pasukan yang baru menyertai, saya telah memutuskan membuat satu kelayakan untuk memasuki liga head to head cihm. sebanyak 24 pasukan yang terhebat dari liga kita masa ini layak untuk menyertainya. Liga head to head ini telah dinamakan sebagai "liga elite cihm". Liga ini akan dimulakan pada minggu ke enam belas. Setiap pasukan akan bermain secara liga satu pusingan.
pasukan-pasukan yang layak untuk menyertai adalah seperti berikut:
-juara mingguan dari minggu pertama hingga ke minggu limabelas.
-juara bulanan bagi bulan ogos,september,oktober dan november.
-5 pasukan teratas setelah selesai perlawanan minggu ke limabelas.
pemilihan juara:
jika sekiranya terdapat 2 juara mingguan maka akan dikira bonus yang mereka dapati. sebagai contoh juara minggu ke-7 saatkecemasan dan jgnpumcit fc mendapat mata yang sama untuk menjuarai minggu ke-7. Akan tetapi bonus pemain memihak kepada saatkecemasan dengan memperolehi 3 mata berbanding dengan jgnpumcit fc 2 mata.
bagi juara mingguan atau juara bulanan yang sudah pun melayakkan diri, maka dengan sendirinya pemenang tempat kedua akan melayakkan diri. Bagi 5 tempat teratas setelah selesai perlawanan minggu ke 15 yang sudahpun melayakkan diri maka pasukan yang berada tempat ke 6 dan seterusnya akan layak.
pasukan yang layak setakat ini:
1) detik2bahaya (juara minggu 1)
2) ra112 (juara minggu 2)
3) selingkuh fc (juara minggu 3)
4) Embun baru (juara bulan ogos)
5) MF FC (juara minggu 4)
6) topkumbangmu (juara minggu 5)
7) kirinankiri F.C (juara minggu 6)
8) nexus (juara bulan september)
9) saatkecemasan (juara minggu 7)
masih ada 15 tempat untuk direbuti. Jadi kepada semua pengurus pasukan berusahalah dengan gigih untuk merebut peluang ini. Jgn sampai pumpcit.
Pesanan bagi semua pengurus yang telah layak memasuki "liga elite cihm" supaya tidak lupa mendaftar nanti untuk mengikuti liga head to head cihm.
Untuk peringatan lagi liga yang sekarang kita mainkan masih juga dijalankan hingga selesai walaupun "liga elite cihm" telah ditubuhkan nanti.
Sekian,
