Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Sunday, March 20, 2011

Saturday, March 19, 2011

Friday, March 18, 2011

TASIK MERIMBUN **UPDATE**

Kimi, Signed In

Assalamualaikum semua...

Bagi acara lawatan kitani ke Tasik Merimbun itu, adalah dimaklumkan bahawa bagi sesiapa yang ingin ikut "berkonvoi" adalah diharapkan dapat hadir dan berkumpul di belakang rumah UDA Kg Petani, sekitar jam 7 30 - 8 00 . Bagi yang ingin terus jalan sendiri ke sana, bolehlah juga berbuat demikian, dan meeting pointnya disana adalah di Galeri Tasik Merimbun. Kitani akan membuat lawatan di Galeri itu terlebih dahulu sebelum meneruskan acara perkumpulan keluarga CiHM.

Sekian,

Kimi, Signed Off

Perlawanan persahabatan lagi!!

Assalamualaikum semua..

Pasukan badminton CiHM akan meneruskan lagi "frenly tour" menentang pasukan kg Tanjong Nangka. Perlawanan ini akan diadakan

Pada: 23hb Mac 2011 (Rabu)
Tempat: Dewan Kg Tanjong Nangka
Jam: 7 00 Malam

Bagi ahli-ahli yang free bolehlah join pasukan badminton CiHM, bagi memeriahkan suasana dan memberikan sokongan. Semoga Pasukan CiHM dapat menang, memberikan saingan yang hebat dan sehat serta mencapai matlamat utama kitani iaitu untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengembangkan "network" CiHM.

Sekian makluman dari saya untuk malam ini!

Kimi, Signed off!

Thursday, March 17, 2011

Satu kenangan!!

Pemain badminton CiHM di import!!! bunyinya mungkin berlebihan tetapi itulah kenyataannya apabila ada pemain CiHM telah "diberikan kehormatan" dan di "import/invite" untuk bermain menentang pasukan badminton Tentera Udara Diraja Brunei.Perlawanan tersebut diadakan di Dewan Bridex Jerudong.

Tidak dapat dinafikan, ada rasa sedikit gementar tetapi penuh teruja, menentang satu pasukan yang sememangnya diakui ramai satu pasukan yang kuat. Cuaca hujan telah membuat keadaan dewan sedikit dingin, dan ini telah menyebabkan pemain-pemain CiHM memrlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dan "panas".

Kedua-dua bergu CiHM yang diimport tewas pada set pertama, tetapi dengan adanya semangat juang yang tinggi, ditambah lagi dengan pengalaman yang ada (pemain senior CiHM), kedua-dua bergu CiHM bangkit dan mampu memenangi set kedua. Bergu lawan ingin meneruskan permainan dalam "rubber set", tetapi oleh kerana masa yang agak terhad, dan masih terdapat bergu yang belum bermain, hasrat tersebut tidak kesampaian.


- Pemain CiHM yang "diimport", yang memakai baju putih itu adalah pengurus yang telah menjemput pemain CiHM



- Bersiap sedia untuk menentang pasukan lawan!!




- Kedua pemain ini juga sebenarnya diimport tetapi oleh kerana ada urusan penting yang harus diselesaikan maka mereka terpaksa menolak, tetapi syabas juga diucapkan kepada mereka kerana sudi datang memberikan sokongan walaupun datang lewat.





- Sebahagian aksi perlawanan....

Sememangnya semalam merupakan satu kenangan, dan mungkin tidak keterlaluan bagi saya untuk mengatakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Bukan mudah untuk dapat bermain di dewan tersebut, ditambah lagi apabila bermain dengan pasukan yang kuat. Terima kasih diucapkan kepada pengurus yang sudi menjemput pemain CiHM untuk bermain mewakili pasukan mereka. Tidaklah sia-sia pasukan CiHM mengadakan perlawanan persahabatan selama ini.

GO CiHM!!!

MOVIE WORLD AT GOLD COAST












Tuesday, March 15, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON

Semalam pasukan Cihm mengadakan perlawanan badminton persahabatan menentang pasukan Setia. Perlawanan yang bertempat di dewan Sekolah Menengah sufri Bolkiah bermula kira-kira 7.00pm dan berakhir pada jam 11mlm.

Keluarga Cihm tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Setia kerana berkesudian mengadakan perlawanan persahabatan dan sanggup meluangkan masa untuk menjayakannya. Semoga niat kita yang mulia ini dirahmati Allah.

berikut merupakan keputusan perlawanan semalam:

Perlawanan 1:
Bergu Amin bersama Shahrin - kalah (0-2)

Perlawanan 2:
Bergu Chawang bersama Chamid - menang (2-0)

Perlawanan 3:
Bergu Hj Yusuf bersama Hj Malik - menang (2-0)

Perlawanan 4:
Bergu Raqiib bersama Mansyor - seri (1-1)

Perlawanan 5:
Bergu Chahak bersama Bungsu - menang (2-0)

Perlawanan 6:
Bergu Chajis bersama Asyraf - menang (2-0)

Perlawanan 7:
Bergu Hakim bersama Fatih - seri (1-1)

Perlawanan 8:
Bergu Mansyor bersama Amin - seri (1-1)

Perlawanan 9:
Bergu Chajis bersama Hj Yusuf - kalah (0-2)

Perlawanan 10:
Bergu Shahrin bersama Hj Malik - menang (2-0)

Perlawanan 11:
Bergu Bungsu bersama Asyrah - seri (1-1)

Perlawanan 12:
Bergu Raqiib bersama Hakim - kalah (0-2)

Perlawanan 13:
Bergu Chamid bersama Chahak - seri (1-1)

Perlawanan 14:
Bergu Chawang bersama Hj Malik - menang (2-0)

Perlawanan 15:
Bergu Mansyor bersama Fatih - menang (2-0)