Assalamualaikum! Segala puji bagi Allah, Majlis Khatam Al-Quran bagi CIHM yang diadakan petang semalam berjalan dengan lancar dan harmonis. Setinggi-tinggi pujian kepada pengerusi dan jawatankuasa penyelenggara serta semua yang melibatkan diri, idea,tenaga dan makanan. Jutaan terima kasih kepada Hj.Bakri dan isteri serta keluarga yang bermurah hati menjadikan rumah mereka sebagai arena majlis. Hidup CIHM!! Semoga aktiviti yang berkebajikan ini akan terus dilaksanakan pada masa mendatang.
Dalam kesempatan ini kami Keluarga Abd.Hamid bin Hj. Mohamad mencatatkan ucapan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Kami menyusun jari sepuluh memohon seribu keampunan dalam seribu kesalahan.
SHAMRA08
0 comments:
Post a Comment