Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Friday, September 19, 2008

Khutbah Juma'at minggu lepas

Sebagai umat Islam, kita semua dituntut bukan sekadar hanya boleh membaca Al-Qur'an, tetapi hendaklah memahami dan menghayati serta mempraktikkannya dalam kehidupan kita. Ke arah usaha ini kita semua adalah bertanggungjawab bagi memastikan penguasaan dan penghayatan Al-Qur'an benar-benar tercapai dan menjadi realiti.

Kita perlu sedar bahawa tujuan Al-Qur'an diturunkan bukan untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan untuk perhiasan di rumah, di pejabat atau di mana-mana sahaja, tetapi Al-Qur'an diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, diambil iktibar dan dijadikan pedoman dan diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Kita juga perlu tahu bahawa Al-Qur'an itu adalah penawar bagi penyakit- penyakit hati yang terdapat di dalam diri manusia. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Yunus ayat 57, tafsirnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur'an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Sesungguhnya terdapat banyak surah-surah atau ayat- ayat yang besar manfaat dan kelebihannya jika diamalkan sebagai zikir, contohnya ayat Al Kursi. Di antara fadilat dan kelebihan ayat tersebut ialah:

* Sesiapa yang membacanya setiap lepas sembahyang fardu, ia dipelihara Allah Subhanahu Wata'ala sehingga sembahyang berikutnya.

* Sesiapa yang membacanya sebelum keluar rumah, insya-Allah ia akan selamat dalam perjalanan dan tidak akan menemui kesukaran atau bahaya hingga ia pulang.

* Sesiapa yang membacanya sebelum tidur, insya-Allah tidak akan diganggu oleh syaitan dengan mimpi-mimpi atau sebagainya.

* Jika dibacakan pada makanan, Allah akan memberi keberkatan pada makanan tersebut.

1 comments:

MHHB said...
This comment has been removed by the author.