Tergerak rasa hati ani kan berkongsi sesuatu, salah satu favourite phrase saya "there is always a first time in everything". Phrase ini adalah salah satu phrase yang sering digunakan oleh mentor saya dalam mengendalikan project, untuk memberi sedikit suntikan kepada kami, apabila kami merasa susah untuk mengendalikan project tersebut, apalagi kalau project tersebut merupakan sesuatu yang baru buat kami.
Apabila dfikirkan dengan lebih dalam,saya amat setuju dengan penggunaan phrase ini. Semua benda yang kita lakukan didunia ini ada "first time" nya. Kita tidak terus pandai bangun dan berjalan semasa kecil, kita belajar dan berani untuk cuba melakukannya, dan itulah "first time" kita berdiri dan berjalan. Orang2 yang kita beri gelaran "experienced" atau "pengalaman"pun sudah setentunya ada "first time" mereka. Dari "first time" inilah kita akan dapat menimba pengalaman. Oleh itu kita tidak perlu takut atau malu apabila hendak mengerjakan sesuatu yang belum kita pernah buat,tidak usahlah kita beri alasan "tidak berani" atau "alum ada pengalaman", mungkin kita boleh cakap "saya cuba sedaya upaya". begitu juga dalam bersuara, semua ahli politik,pegacara dan sebagainya ada "first time" mereka untuk bersuara di depan khalayak ramai. Dalam meeting, kalau kita diberi kebenaran untuk mengutarakan pendapat, tidak usahlah kita takut kerana kita tidak pernah bercakap depan org ramai, dari "first time" inilah kita boleh membangunkan keyakinan diri kita.
Sampai sini saja dulu post ani, nanti lagi mempost. Semoga semua ahli dapat menerima message yang ingin disampaikan, kalau ada salah saya menyusun sepuluh jari memohon maaf ^_^ dan kritikan atau saranan amat dihargai :)
Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment