Pertemuan yang singkat namun sangat bermakna
Mereka saling berpandangan. Di situ tersirat sejuta makna. Hanya mereka yang tahu. Merenung perjalanan hidup yang dilalui berpuluh-puluh tahun dahulu. Kehidupan di kampung memang sangat indah untuk dikenang, namun kadang-kala keindahan itu diiringi pula dengan titisan air mata pilu, air mata kasih dan air mata duka. Biarpun suka-duka itu telah berlalu namun selagi nadi masih berdenyut kenangan itu akan terus membayangi mereka lebih-lebih lagi di kala sunyi. Jangan biarkan mereka sunyi, jangan biarkan mereka menangais, dan jangan biarkan mereka berkecil hati. Syurga di bawah tapak kaki ibu.
4 comments:
Asalamualaikum,
selamt ary rya pd semua keluarga d mana sj berada muga rahmat kebaikkan bertemankn kita semua amiiin..
Udah lama jua rasanya cahak inda komen2 dlm blog PUJAAN HATI anii bukan kerana bisu seribu bahasa cuma kesmpatan jua memantau kesibukan dlm menjana kehidupan.
Betapa indah jua pertemuan dlm pic atu..mungkin kenangan mengusik jiwa jua yg sering d flsh veck dn d percakapankn kerana kenyataan telah berlaku dmasa lalu keluarga kita penuh dgn haru dan maru menempuh kehidupan membesar dn membesarkan keluarga, sukur jua intipati kesabaran dn semangat yg ada d jiwa dato2 dn nini2 dan bonda2 tane begitu solid menepuh cabaran, dpt jua kita nikmatiii bersama..muga ketampiasan dari keluarga kita yg bersifat sederhana dlm kemampuan ini akan semakin berubah menjadi mampu dn terus meningakat dari hasil usaha dan kesabaran serta doa dn tawakal kita semua semakin meningkat vaik dan tdk akn ketinggalan dgn ancaman globalisasi sekarang dn masa2 mendatang amiiin.
Terpengun jua rasa hatiku memikier2 kalimat hikmat dari ibu dan bapa yg penuh rahasia dbalik yg tersurat.......
Dua faktor besar yang akan mempengaruhi kehidupan kita didalam falsafah menuntut iaitu (attitude dan fokus). Fokus pula adalah penting untuk mendalami sesuatu ilmu, bukan berbagaibagai ilmu, kerena kita tidak mahu menjadi " A lot of people know a lotof things, but master of nothing" Attitude pula sikap dan moral yg perlu dpertahankn dlm keluarga aihm dn cihm dn jua yg terlibat.. Inilah kalimat yg pernah dambil kira oleh Almahrum Imam Haji Mohamad wa almarhum abg Haji Bolhassan dlm menilai usaha dlm kehidupan yg dpt saya pegang ilmu yg d berikn dulu.
Ini lah sj dulu yg dpt saya persambahkan sempena hari raya d rancangan khas pertemuan dua figura d atas sempena hari labaran...wassalam. semuga semua terus maju jaya amiiin ya Rahman
As Salam!
Masa silih berganti, arus berganti zaman, sikecil menjadi dewasa, muda bertukar tua, dahulu bujang kini berkeluarga, dan yang pasti yang ada akan tiada. Cuma menanti giliran dan ketika bila ia akan berlaku...sentiasalah mendekatkan diri kepada-Nya.
Putaran waktu tetap berlaku selagi dunia belum berakhir, maka jangan biarkan waktu berlalu dengan sia-sia. Orang yang bijak adalah mereka yang pintar mengatur waktu. Memang waktu-waktu yang kita lalui itu pasti ada susah senangnya, namun yakinlah 'kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang pahit itu bukan semuanya racun' tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.
Kita juga harus kuat dan tabah menghadapi sesuatu, jangan mudah mengalah, jadikan kegagalan sebagai suatu kekuatan untuk terus maju. Kita juga harus tekun berusaha jika ingin berjaya. Namun dalam asyik berusaha itu'jangan kita hanya melihat apa yang telah kita usahakan tetapi lihatlah juga apa yang belum kita selesaikan'.
Kepada anak-anak/CiHM tingkatkan usaha untuk masa depan kamu. Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Kejarlah kejayaan dengan usaha yang jitu. Namun kamu harus ingat 'kejayaan adalah tangga yang tidak dapat dipanjat dengan tangan di dalam poket'.
Dalam pergaulan seharian, jaga pekerti diri, jaga maruah keluarga, taati ajaran Agama. Kita tidak dilarang bersosialisasi namun ada batasannya. Ingatlah kebocoran yang kecil boleh mengenggelamkan kapal yang besar. Perelokan budi pekerti kerana 'kita tidak lagi dapat mengubah rupa bentuk muka selain mempercantikan budi pekerti' Gunakan kurnia akal dengan sebaiknya kerana hiudp ini ibarat komedi bagi sesiapa yang hidup berpandukan akal dan merupakan trajedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi'
Wassalam
sedikit info:
--wajah-wajah wakil CT =cucu tarudin
HAJAH SITI AISAH anak SITI HAWA BINTI TARUDIN.
HAJAH SAERAH anak HAJI TENGAH BIN TARUDIN.
SITI HAWA satu-satunya anak perempuan TARUDIN. Yang lain semuanya lelaki.
ALLAHYARHAM HAJI ISMAIL
ALLAHYARHAM HAJI SALLEH
ALLAHYARHAM HAJI TENGAH
ALLAHYARHAM HAJI MD YUSOF
HAJI YAAKUB
*tolong betulkan jika kurang tepat.
serupa tetapi tidak sama
Post a Comment