Salah satu agenda dalam Aktiviti Kemping CiHM yang diadakan pada 25hb. Disember 2009 ialah Senaman Ramai. Seawal 6.30 pagi CiHM & AiHM berkumpul di 'Assembly Point'. Tanpa segan silu para peserta melakukan pergerakan-pergerakan dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat. Sekali-sekali suasana menjadi riuh dan ceria dengan gelagat dan telatah para peserta yang beraneka ragam. Menjaga kesihatan itu penting, baik kesihatan fizikal ataupun mental. Bak kata pepatah "Otak yang sihat terletak pada badan yang sihat". Namun percayalah senaman yang paling baik ialah "Sembahyang lima waktu"
Penuh semangat, penuh aksi dan penuh gaya
Nun di kejauhan sana Penaung CiHM mengintai di celah jendela memerhatikan aksi pergerakan senaman yang dilakukan. Hati kecilku berbisik "Jika usianya seusia aku atau kamu, aku pasti ia akan ikut sama, ia akan turun padang bersama baju sukannya, dan ia juga akan gelak ketawa bersama kita. Namun...kesihaaaaaan....segala-galanya sudah berlalu, masa yang berlalu tidak akan menanti kita, masa yang lepas tidak akan berulang kembali, maka gunakanlah masa sebaik-baiknya jika ada peluang dan kesempatan.
"Ibu, nenek, datu semoga engkau puas dan gembira melihat aksi kami, semoga engkau gembira perpaduan kami, semoga engkau mengerti maksud dan tujuan kami berkumpul hari ini, ampunkan dosa dan kesalahan kami".
4 comments:
indahnya kenangan bersama,ketawa,ceria,gembira,sedih,kesusahan,kepayahan, semua kita harungi bersama..kepanasan,kehujanan, kita tempuhi dengan hati yg sabar..terlintas di fikiranku, semangat anak-anak kecil yg begitu ceria dan bersemangat sehinggakan sebelum waktu solat subuh berjemaah ada di antara mereka sudah mandi..bermain di fikiranku, amat susah untuk kita menyertai solat subuh berjemaah apatah lagi kali ini dilakukan bersama-sama keluarga besar cihm yg di cintai..semoga apa saja yg kita lakukan mendapat keberkatan dan di redhai Allah..
melihat gmbr penaung memberikan gambaran yg beliau amat tertarik melihat aksi-aksi anak,cucu.cicitnya dengan berbagai telatah..semoga kita akan dapat mengekalkan kesatuan kita sehingga ke generasi kita pada zaman akan dtg..
SEKIT HATI MANUSIA GEMBIRA LEBEH BAIK DARIPADA MENUNPOK DUIT.
Pengalaman adalah sebaik-baik guru dalam kehidupan maka carilah pengalaman sebanyak-banyaknya.
Jangan biarkan dadamu kosong dengan ilmu dan penuh dengan kekosongan
Hidup CiHM!
Pengalaman indah ini akan kukenang hingga keakhir hayat
Post a Comment