1hadith buat renungan kita bersama.
hadiths Ibnu Umar radiALLAHuanhu:
Baginda SallALLAHualaihiwasalam telah bersabda:
”Kamu semua adalah pemimpin
dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yg kamu pimpin.
Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia
dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya
dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.
Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga,
suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.
Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya
dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya.
Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin
dan akan bertanggungjawab terhadap apa yg kamu pimpin.
( sahih muslim no 3408 )
Ciri-ciri baru Blog CiHM
New Features!
- Links didalam Upcoming Events boleh di klik. Ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli yang melayari blog CiHM untuk mengemas kinikan tentang akitiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh CiHM.
- Senarai perkataan yang dipost untuk artikel "Sehari Sepatah Kata - Mari Mengenali Bahasa Tutong" telah disediakan di bawah kategori Archives.
- Untuk memberi komen post, anda boleh mengklik link yang berada di sebelah kanan bawah post tersebut.
Blog Posts
Upcoming Events
Function | Event Date |
---|---|
Belajar menguruskan jenazah | Dec |
Reminder
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
alhamdulillah sukur..
berjinak jinak dgn wasiat rasullah tentang yg d tinggalkan beliau
al quran dn hadist muga keluarga cihm lebih sajuk hati atas slogan amar maaruf nahi munkar dan sering ingat mengingati antara sesama kalau tdk dpt d putuskan nah berpegang lah dgn tali Allah.
wasalam
renung2 minda kenapa tuahan jadi kan 2 biji mata satu mulut?????
Pemimpin harus menjalankan Amanah yg diberikan dengan baik kerana apa pun yang kita pimpin pasti akan disoal di akhirat.
kepada pemimpin jalankalah amanah kerana tidak menyempurnakan amanah merupakan khianat..
kepada yg di pimpin hendaklah taat kepada pemimpin kamu selagi mana yg diarahkan tidak ada berlaku kemungkaran.
Firman Allah : Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.(An-nisa : 59)
congratz to silent aka faiz for the first post..semoga lapas ani makin bnyk share2 ilmu dlm post ani hehe
Pemimpin dan dipimpin adalah sama sahaja peranannya, kedua-dua perlu memainkan peranan masing-masing.
Untuk menjadi pemimpin atau dipimpin yang baik perlu bijak menggunakan semua panca indera yang ada.
Orang buta yang bijak menggunakan panca indera yang ada tidak perlu dipimpin tangannya ketika berjalan.
Tepat sekali.........atu ia namanya cucu Imam Haji Mohammad dapat mengeluarkan hadith hadith Imam besar buat tetapan dan pedoman
Ada satu kisah di zaman Bani Israel..
tentang Ahli Ibadah mau menebang sepohon kayu di hujung kampong yang di sembah oleh sebahagian kaum, datang seorang tua dan berkata di beri Rahmat keatas kamu........apa jadi akhirnya........
Dalam hal pimpin memimpin ani perlu jua kita renungkan pepatah melayu yang mengatakan 'Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa'
Pemimpin dan yg dipimpin hendaklah bekerjasama di antara satu sama yg lain.
Adalah tidak adil jika, pemimpin sahaja yg berusaha sedangkan yg dipimpin hanya berdiam sahaja. Begitu juga dengan pemimpin, jangan tahu mengarahkan sahaja sedangkan diri sendiri tidak membuat apa-apa.
Dari itu, pemimpin dan yg dipimpin hendaklah bersatu hati. Tidak ada istilah 'kau ialah pemimpin dan aku org yg dipimpin'..
Post a Comment