Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Sunday, August 29, 2010

Majlis Khatam Al-Quran CiHM

Assalamualaikum semua, saya sebagai wakil komiti CiHM ingin memberitahu bahawa majlis khatam al-quran CiHM akan diadakan

Pada: 3hb September 2010 (Jumaat)

Jam:4 Ptg

Tempat: Rumah AiHM Camid

Diharapkan semua ahli keluarga akan dapat hadir pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi majlis kita. Seperti majlis-majlis sebelumnya, setiap keluarga yang ingin menyumbangkan “menu” makanan adalah dialu-alukan walaupun sedikit (tiada paksaan). Begitu juga dengan penyediaan bunga telur, ianya adalah seangkat-angkat hati.

Dengan ini juga diharapkan bagi ahli-ahli supaya dapat menghabiskan juz-juz bacaan yang diberikan.

Diantara aturcara majlis:

- Jam 4 insyallah semua ahli sudah datang dan bersedia untuk memulakan bacaan

- Pembawaan takhtim juga akan diadakan

- Bacaan doa khatam

- Acara menabur bunga rampai diiringi dikir syarafil-anam

- Majlis insyallah dapat disempurnakan sebelum beduk menandakan waktu berbuka dan azan fardhu maghrib

Semoga acara kita pada hari itu akan berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan dari ALLAH S.W.T

Sekian,

Terima Kasih, Assalamualaikum

1 comments:

Anonymous said...

Insya Allah ada cendul.