Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Thursday, September 30, 2010

Laporan Liga Fantasi Cihm


Melangkah masuk ke bulan ketiga pertandingan, pasti pengurus-pengurus pasukan mencari rentak untuk memintas pasukan yg menerajui liga ketika ini. Liga Fantasi cihm yang semakin hangat di perbualkan di kalangan pengurus-pengurus yang bertanding. Pada bulan september saja sudah disertai oleh 33 pasukan berbanding 24 saja pada bulan pertama.

Menyentuh mengenai prestasi pula kebanyakkan pasukan yang bertanding mengalami kemerosotan pada bula september ini berbanding dengan bulan sebelumnya. Pasukan yang paling ketara menurun ialah pasukan yang dibawah pimpinan Jhs Milah. Setelah menjuarai bulan ogos dengan pungutan mata 187,prestasi pasukannya serba tidak kena dengan hanya memperolehi 106 mata pada bulan september sekaligus meletakkan juara bulan pertama itu ketangga ke sebelas dalam pungutan mata keseluruhan.

Dari 24 pasukan yang bertanding pada bulan pertama hanya 9 pasukan yang berjaya memperbaiki pungutan mata dan kalau di tolak dengan pasukan yang akhir seminggu menyertainya cuma pasukan Fantasy, MF FC, Topkumbangmu, rozaaz dan Suzuran yang dapat memperbaiki pungutan mata mereka. Pasukan Topkumbangmu merupakan pasukan yang paling meningkat pada bulan september dengan memungut 153 mata berbanding dengan 132 mata pada bulan ogos. Walau bagaimanapun juara pada bulan september di sandang oleh pasukan nexus dengan pungutan 168 mata.

Jumlah mata keseluruhan pada ketika ini masih diterajui oleh pasukan nexus dengan 337 mata. 19 mata di belakangnya pula pasukan detik2bahaya dengan 318 mata dikuti oleh pasukan sinarx fc dengan 315 mata. Strategi pasukan-pasukan yang bertanding pula, hampir kesemua pasukan memilih Didier Drogba.

Pengurus pasukan saatkecemasan ketika ditanya mengenai peluangnya untuk menjuarai berkata pasukannya memerlukan miracles untuk menjadi juara sambil meramalkan pasukan ra112, selingkuh dan detik2bahaya untuk berebut kejuaraan. Pengurus pasukan Tukangmasak fc pula ketika ditanya soalan yang sama lebih optimistik dengan harapan agar pasukannya berada di kelompok 10 teratas dan meramalkan pasukan ra112,detik2bahaya,MF FC,Topkumbangmu dan sinarx fc untuk merebut kejuaraan. Pengurus N.E.S.H fc pula meramal juara bakal direbut di antara MF FC dan detik2bahaya.

Dengan perbualan spontan yang dilakukan sedikit sebanyak telah mengambarkan pasukan detik2bahaya adalah pasukan pilihan. Masih belum terlambat untuk memperbaiki kedudukan. Kita masih ada 8 bulan pertandingan untuk mengejar pasukan-pasukan yang berada di atas. Bersaing secara sehat, hubungan keluarga erat, di limpahi berkat dan rahmat insyaallah.

carta 5 pasukan teratas bagi bulan 0g0s:
1- Embun Baru 187mata(juara)
2- detik2bahaya 184mata
3- selingkuh fc 175 mata
4- acukumah10 171 mata
5- nexus 169mata

carta 5 pasukan teratas bagi bulan september:
1- nexus 168mata (juara)
2- Fantasy 160 mata
3- MF FC 159 mata
4- Sinarx Fc 155mata
5- Topkumbangmu 153mata

carta 5 pasukan teratas mata keseluruhan setakat ini:
1- Nexus 337mata
2- detik2bahaya 318mata
3- Sinarx Fc 315 mata
4- Selingkuh Fc 313mata
5- Fantasy 310 mata

rekod jumlah mata tertinggi dan terendah pula dipegang oleh pasukan ra112.
Terendah:18mata dicatat oleh ra112 pada minggu pertama.
Tertinggi:85mata dicatat oleh ra112 pada minggu kedua.

Diucapkan selamat bertanding untuk bulan oktober ini, sama-sama kita nantikan siapa pula yang menyerlah pada bulan oktober ini dan siapa pula beraksi hambar. Kita saksikan apakah pasukan nexus berjaya mengukuhkan kedudukan di persada liga atau berjaya dipintas oleh pasukan lain. Bagi pasukan yang baru saja menyertai diucapkan terima kasih kerana menyertainya.

2 comments:

RA112 said...

Ini adalah percobaan pertama dalam membuat report untuk blog cihm oleh saya.sebarang kritikan dan komen amat dihargai.mohon maaf andai ada perkataan yang tidak disenangi.

kanta kumbangmu said...

satu atikle yg bagus...kerana khusus tuk peminat2 premier League cihm yg terlibat.

Dengan adanya report ini sedikit sebayak pengurus yg baru bergabung dpt sedikit maklumat darinya begitu jua pengujung blog yg dihormati.

semuga report or news mengenai perlawanan ini terus dibuat supaya mereka or pengujung khusus yg berminat sukan bolasepak akan berhenti seketika dblog ini demi satu informasi tertentu.

alhamdulilah..menganai artikle ugama kita jua mendapat ilmu dari Yoshi dn yg lain2. Apa yg diharapkan semuga pocket infomasi ini agar diteruskan lebih2 lagi yg menyentoh keadaan semasa kita.

Kimi dgn bahasa Tutong jua suatu yg menerik kalau boleh jua bahasa Arab bagi mereka yg ada sedikit pengatahun walaupun sekadar ismun kh sj.

Hamizan dgn sejarahnya jua perlu d teruskn. dan lain2.

S Y A B S....C I H M

(Ilmu yg baik adalah sesuatu yg bersifat hidup).

Wasalam Aihm