Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Thursday, November 11, 2010

Rad_Zayau layak ke liga elite

Ketika masa semakin suntuk untuk melayakkan diri ke liga elite cihm, pasukan Rad_Zayau dapat menarik nafas lega apabila berjaya menjuarai saingan mingguan kedua belas. Dengan kejayaan Rad_Zayau tersebut bermakna cuma ada 9 lagi tempat kosong yang perlu di isi. Kejayaan Rad_Zayau juga membawa berita gembira kepada pasukan yang sedang bersaing untuk merebut slot melalui 5 pasukan teratas yang belum layak kerana sememangnya Rad_Zayau berpeluang besar layak melalui slot tersebut jika belum melayakkan diri. Saingan mingguan kedua belas ini amat sengit dengan 10 pasukan mencatat mata 50 atau lebih.

Persaingan persada liga pula menyaksikan Nexus masih mendahului carta dengan mata 652. Perebutan tangga kedua pula masih menyaksikan MF Fc mempertahankan kedudukannya namun kini di ekori rapat oleh Rad_Zayau. Fantasy dan Firestarter pula sedikit tercicir dari saingan tersebut namun hanya 9 mata membezakan di antara tangga kedua MF Fc dan tangga kelima Firestarter. Tiada perubahan dari kedudukan ke enam hingga kesepuluh dengan Detik2bahaya, Embun Baru, Tufie, Rozaaz, sinarx fc melengkapkan pasukan 10 teratas liga.

Perebutan melalui slot juara bulanan pula menyaksikan pasukan sapi lama yang sudah mula membuka jurang dengan saingan terdekatnya. Dari 10 tempat teratas saingan bulanan, enam pasukan merupakan pasukan yang belum melayakkan diri.

keputusan bagi saingan mingguan kedua belas:
1) Rad_Zayau 58 mata
2) Tersapit fc 55 mata
2) AngahB 55 mata
2) sapi lama fc 55 mata
5) Nexus 53 mata

Carta terkini saingan merebut slot juara bulanan(hanya pasukan yang belum layak disenaraikan) :
1) Sapi lama fc 100 mata
2) acukumah10 91 mata
3) jgnpumcit fc 89 mata
4) dee faboulous 87 mata
5) Ryster fc 86 mata
5) kaki bangku 86 mata

Carta terkini saingan merebut slot 5 pasukan teratas yang belum layak:
1) Fantasy 593 mata
2) Tufie fc 560 mata
3) rozaaz 548 mata
4) sinarx fc 544 mata
5) acukumah10 533 mata
6) lampu hijau fc 531 mata
7) sapi lama 521 mata

kedudukan carta setelah selesai saingan mingguan kedua belas:
1) Nexus 652 mata
2) MF Fc 601 mata
3) Rad_Zayau 598 mata
4) Fantasy 593 mata
5) Firestarter 592 mata
6) Detik2bahaya 585 mata
7) Embun Baru 581 mata
8) Tufie fc 560 mata
9) rozaaz 548 mata
10) sinarx fc 544 mata

saingan mingguan ketiga belas pula akan bermula pasa 13-11-10.

1 comments:

peminatnya said...

--Rad-Zayau! Rad-Zayau! Rad-Zayau!
--Ayuh! Ayuh! Ayuh!