Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Monday, November 15, 2010

TerSapit FC layak ke liga elite

Perlawanan mingguan yang ke-13 berakhir dengan menyaksikan TerSapit FC layak ke liga elite dengan bergaya. Kecewa pada mingguan ke-12 ternyata membuat pasukan TerSapit FC lebih bersungguh-sungguh untuk memasukkan pasukannya ke kelompok elite. Dengan mengumpul 75 mata TerSapit FC mengungguli meninggalkan pasukan yang belum layak seterusnya dengan 10 mata. TerSapit FC juga merupakan pasukan IN FORM dengan berada di tangga teratas carta mingguan buat dua minggu berturut-turut. kalau prestasi sebegini dapat dikekalkan sudah pasti pasukan yang bakal bertemu dengan TerSapit FC pada saingan liga elite nanti menjadi gusar.

Pada saingan puncak liga pula sekali lagi pasukan nexus berjaya mengekalkan kedudukannya di puncak liga dengan MF FC menduduki tangga kedua. Detik2bahaya mula menunjukkan peningkatan dengan melonjak ke tangga ketiga liga. Firestarter dan pasukan Rad_Zayau berkongsi tempat ke empat liga dengan pasukan Fantasy sedikit ketinggalan di tangga ke enam.Embun Baru, Tufie fc, Selingkuh Fc dan Sinarx fc melengkapkan carta top 10 pada minggu ini.

Persaingan untuk merebut slot juara bulanan pula kini berpindah tangan kepada pasukan stukin belacan dengan diekori rapat oleh pasukan dee faboulous dan sapi lama. Anfield warrior fc dan pasukan rystir melengkapkan top 5 saingan bagi juara bulanan.

Saingan untuk merebut top 5 non qualify team pula semakin sengit.Rad_Zayau dan Fantasy masih mempunyai mata selesa untuk melayakkan diri dengan sekurang-kurangnya mengimbangi mata para pesaing mereka. Rad_zayau kini mengumpul 632 mata dan Fantasy mengumpul 625 mata. Menduduki tangga ketiga bagi saingan ini pula ialah pasukan Tufie dengan 599 mata. Selepas itu persaingan semakin menarik dengan pasukan menduduki slot ke empat dengan pasukan menduduki tangga ke sepuluh cuma dibezakan dengan 19 mata. Rozaaz yang menduduki tangga ke empat sebelum bermula saingan minggu ke-13 ini kini tercicir dari top 5 non qualify team.

carta top 10 liga terkini:
1) Nexus 698
2) MF FC 640
3) Detik2bahaya 636
4) Firestarter 632
4) Rad_Zayau 632
6) FAntasy 625
7) Embun Baru 617
8) Tufie 599
9) Selingkuh 588
10) Sinarx fc 584

carta saingan untuk slot juara bulanan:
Stukin Belacan 148
Dee Faboulous 144
Sapi lama fc 144
Anfield Warrior fc 139
Rystir 138

carta top 5 non-qualify team:
1) Rad_Zayau 632
2) Fantasy 625
3) Tufie fc 599
4) sinarx fc 584
5) lampu hijau fc 582
---------------------------
6) rozaaz 580
7) acukumah10 578
8) dee faboulous 570
9) Tukang Masak Fc 567
10) Sapi Lama fc 565

*kepada pasukan yang sudah pun melayakkan diri ke liga elite sila masukkan kod untuk menyertai liga elite sebelum 1-12-10 jam 9pm

0 comments: