Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Thursday, March 17, 2011

Satu kenangan!!

Pemain badminton CiHM di import!!! bunyinya mungkin berlebihan tetapi itulah kenyataannya apabila ada pemain CiHM telah "diberikan kehormatan" dan di "import/invite" untuk bermain menentang pasukan badminton Tentera Udara Diraja Brunei.Perlawanan tersebut diadakan di Dewan Bridex Jerudong.

Tidak dapat dinafikan, ada rasa sedikit gementar tetapi penuh teruja, menentang satu pasukan yang sememangnya diakui ramai satu pasukan yang kuat. Cuaca hujan telah membuat keadaan dewan sedikit dingin, dan ini telah menyebabkan pemain-pemain CiHM memrlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dan "panas".

Kedua-dua bergu CiHM yang diimport tewas pada set pertama, tetapi dengan adanya semangat juang yang tinggi, ditambah lagi dengan pengalaman yang ada (pemain senior CiHM), kedua-dua bergu CiHM bangkit dan mampu memenangi set kedua. Bergu lawan ingin meneruskan permainan dalam "rubber set", tetapi oleh kerana masa yang agak terhad, dan masih terdapat bergu yang belum bermain, hasrat tersebut tidak kesampaian.


- Pemain CiHM yang "diimport", yang memakai baju putih itu adalah pengurus yang telah menjemput pemain CiHM



- Bersiap sedia untuk menentang pasukan lawan!!




- Kedua pemain ini juga sebenarnya diimport tetapi oleh kerana ada urusan penting yang harus diselesaikan maka mereka terpaksa menolak, tetapi syabas juga diucapkan kepada mereka kerana sudi datang memberikan sokongan walaupun datang lewat.





- Sebahagian aksi perlawanan....

Sememangnya semalam merupakan satu kenangan, dan mungkin tidak keterlaluan bagi saya untuk mengatakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Bukan mudah untuk dapat bermain di dewan tersebut, ditambah lagi apabila bermain dengan pasukan yang kuat. Terima kasih diucapkan kepada pengurus yang sudi menjemput pemain CiHM untuk bermain mewakili pasukan mereka. Tidaklah sia-sia pasukan CiHM mengadakan perlawanan persahabatan selama ini.

GO CiHM!!!

6 comments:

maseh tanguh d uji said...

merealisasikn permainan kimi semalam cukup mantap..mungkin sudah biasa menantang lawan2 yg tanguh2 selama ini..itulah hasil pengelamanan yg dialami selama ini.

Pd set pertama udh jauh meningalkn lwan....mungkin jua adanya konfident diri menantang pemain yg penuh displin dan smangat juang askar yg mempunyai stamina sudah d hujung2 membawa kepada jus...oren.

walaupun kalah dlm jus oren namun penglaman tournement telah dpt mengunci pergerakn pysikal lawan yg mantap dgn stamina dn smesh melatop dgn memberi penampatan shuttle d tmpt yg susah d jangkau....membawa kemanangan bergaya d set kedua...syabas bagi kedua2 team Cihm yg di undang buat kalai ke 2.

Gabak-gabak said...

Serangan awal yang dilakukan dapat ditangkis dengan mudah oleh pihak lawan membuat aku panik seketika, lebih-lebih lagi pasangan masih belum cukup serasi dengan keadaan dewan. Malah apabila pihak lawan membuat serangan balas yang bertubi-tubi kami seakan-akan tidak mampu bertahan lama. Namun semangat pantang menyerah sebelum kalah kami mampu juga mengutip angka demi angka namun tewas secara mutlak di set pertama.

Set kedua juga seakan-akan kami akan menerima nasib yang sama memandangkan beberapa corak 'skill' yang berbagai diaplikasi oleh pihak lawan. Kutipan mata semakin menjauh meninggalkan kami.

Namun kami juga mencuba beberapa taktik baru dengan mempelbagai patern permainan dan trik-trik tertentu. Permainan semakin menjadi dan akhirnya usaha kami membuahkan hasil... kami menang 21/18

Kepada CiHM "teruskan membuat latihan dan sentiasalah belajar dari kekalahan, kesilapan dan kesalahan"

roysnam said...

nampaknya hanya jadi penyokong saja pada malam itu..heheh..tahniah buat pemain cihm yg dijemput bermain..hehe

klikklik said...

kalau team tani udh mantap sedikit, kita cuba friendly dengan diorang...CiHM boleh

Petualangan Cihm said...

satu kejutan, tapi realiti..dapat mewakili moe dlm perlawnn persahabatn...

Anonymous said...

tahniah tahniah tahniah