Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Monday, June 1, 2009

one year and counting...

assalamualaikum ahli keluarga aihm-cihm,
Syukur ke hadrat Allah SWT di atas rahmat serta syafaat yang telah dikurniakan kepada kita. selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW

Alhamdulilah, begitu cepat masa berlalu, tanpa disedari, hari ini merupakan 1 tahun penubuhan jawatankuasa cihm yang bermula pada 1hb jun 2008 secara resminya. Namun Blog cihm telah bermula secara tidak resmi digunakan pada 24hb April 2008, tetapi kita akan mengira mulanya pada 1hb jun tersebut.

Setelah tertubuhnya cihm ini, Alhamdulilah telah dapat sedikit sebanyak mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita semua secara tidak langsung melalui dengan acara yang diadakan dalam usaha kita untuk menjaga dan mengeratkan tali silaturrahim kita. Sokongan dari semua ahli keluarga amat mengalakkan dengan memberi cadangan dan kritikan yang membina untuk diserapkan kedalam jiwa setiap ahli,bukan sahaja kepada jawatankuasa tetapi kepada keseluruhan ahli keluarga.

Menurut pandangan saya, belum lah dikatakan jawatankuasa ini sebagai berjaya kerana satu tahun bukanlah satu masa yang lama kerana kita sebagai insan tidak akan putus-putus mempelajari dan ingin memperbaiki setiap sesuatu. Jika kita umpamakan kepada kehidupan insan pun, satu tahun mungkin baru mahu belajar berjalan atau bercakap dan begitu jugalah cihm ini yang masih muda umurnya yang pastinya akan menghadapi cabaran dan rintangan yang lebih mencabar lagi pada masa akan datang. Namun insyaallah selagi kita bersatu dan mengikut garis pandu yang ditetapkan hukum syarak kita akan berjaya mengharunginya.

mengenai sambutan 1 tahun cihm ini, insyaallah trip to kk merupakan projek sempena 1 tahun cihm..berita terkini yang diterima nada lagi tempat kusong kerana semua sudah habis di tempah..Alhamdulilah kita mendapat sokongan yang mengalakkan. Acara lain pula masih dalam rundingan committee terutamanya event management kita. Antaranya ialah projek KNK, belum dapat di tentukan bila tapi akan diusahakan. sebenarnya cadangan yang diberikan amat banyak namun kita terpaksa membahagikan aktiviti-aktiviti ini dalam kalendar setahun. Untuk sambutan setahun cihm kemuncaknya ialah trip to kk insyaallah.

Akhir kalam, comittee cihm mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dari nini,uncle-uncle,auntie-auntie,abang-abang,kakak-kakak yang memberi sokongan cadangan dan kritikan untuk memajukan cihm.

Semoga kita semua mendapat rahmat serta dibawah lindungan Allah SWT.

4 comments:

KlikKlik said...

Selamat Ulang Tahun 'CiHM'. Usia yang masih mentah tetapi mampu mengendalikan beberap aktiviti yang berfaedah semata-mata untuk menyatukan ikatan kekeluargaan dengan izin Allah. "Namun kecil jangan disangka anak, besar jangan pula disangka bapa"

Pahit manis yang dilalui adalah asam-garam kehidupan yang perlu dihadapi dan ditangani dengan fikiran terbuka yang disertai dengan muhasabah diri.

Percayalah kejayaan yang hakiki adalah kejayaan yang dicapai melalui cabaran, rintangan dan kepayahan. Hidup CiHM!

Brunei Kumbang /Kumbangmu said...

asalamualaikum, semuga drahmati Allah semua keluarga. satu taun cuma kiraan kedewasaan tanpa langkah pertama kita tdk akan mencapai sejuta langkah, budi perketi adalah intisari moral dan takwa adalah ketaatn abdi.

anggaplah usia yg sebegini cuma tuangan air teh d gelas, limpahannya adalah kelebihan kalau tidak ada gula kuranglah maninsnya jestru itu selalulah memikirkan kemanisan dlam berkeluarga anggapan kepehitan adalah sutikan mesra yg membawa kebaikkan nah pahit jangan terus d buang lalu manis jgn terus d telan.
Irama manis dan pahit adalah astonasi idup sma jua ibart baik dan buruk dn mustahil dan wajib dari aura yg berlawanan ini pergunakanlh akal sihat supaya menjurus kepada kebaikkan...
terkenang daku lagu p ramlee buang yg keruh ambil yg jernih mari pegang peribadi.

Muga chm terus lebih giat dan akrab dalm berkeluarga kerana kalau tidak giat dan bersemagat 5 taun pun jua maseh mcm satu taun....

Syabas jua dengan aktiviti dan luahan senda gurau dan nada meski pun ianya ada mengusik jiwa dan raga aggaplah satu singul singulan sayang diantara kita semua...

saya begitu tertarik dgn data harijadi yg berkesan dari chm blog. Ianya d jalin bagaikan membuat tikar menantikan menuai padi yg masak. Alhamdullah darinya dpt jua sekilas N4 yg menarik serta doa rastu yg murni amiiiin.

Dalam ruangan comments jua penglibtan aihm tdk disekat membuat luahan nurani dpt jua ikut bermain dgn resah gelisah hati yg lara bersama cucu2 yg tersirat...muga ambil tolak dan campur buat padoman...dmasa mendatang dn manamana kekurangn campurlah gula dan manisan...

akhir kata sukur dagan usaha cihm didalam blog ini semuga semakin d ambil perhatian dan d usai demi membentuk keluarga uquah islamiah.....wasalam dari keluarga yg mengharap cihm terus bersatu hingga keahir zaman aminnnn
waslam sentiasa mendukung yg baik dan memuji yg lebih baik dan mendoakan yg terbaik amiiin.

angah said...

Bismillahirrahmanirrahim.

--SYABAS dan TAHNIAH kepada semua yang kini SETAHUN berganding bahu, berpegang tangan, bernaung di bawah satu bumbung besar dengan nama CiHM.
--Mudah-mudahan semua PENGISIAN sepanjang setahun berlalu itu dapat menjadi indeks yang berguna untuk PENGISIAN seterusnya.
--Di samping rasa gembira, sempena usia setahun ini diluahkan jua rasa bersyukur dan terima kasih kepada CiHM kerana melalui beberapa aktiviti, projek dan laman blog telah dapat:- **membuka pintu hati kita untuk berasa dihargai dan disayangi.
**membuka peluang kita untuk mencerdas minda, menajam fikiran, mengongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman.
**membuka ruang untuk berhibur, berjenaka, mengubat jiwa dan berasa ceria.
**menghubungkan tali kekeluargaan, merapatkan saf persaudaraan, dan mengerat silaturrahim. Inilah PUNCAKnya. Oleh kerana "puncak" lazimnya sukar untuk dicapai pada waktu yang singkat, lantaran adanya ranjau, onak duri, jurang, cerun, licin dan seumpamanya, maka semangat kuat, azam dan usaha gigih perlu berterusan.
--Ayuh!!! dengan kalimah BISMILLAH,
mari kita bergerak aktif secara positif mengikut "keupayaan" masing-masing untuk memulihara dan memelihara kesatuan ini agar sentiasa utuh.

YA ALLAH BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN BERILAH KAMI KEBAIKAN DI AKHIRAT.

Anonymous said...

demikianlah keindahan menjalinkan hubungan kekeluargaan. Kita boleh menikmatinya bersama betapa siuknya ketani berkumpul, bermain, bercerita,makan-makan dll.
Kewujudan Cihm membuktikan betapa begitu tinggi kemahuan dan keinginan bersatu padu,

Semoga Cihm terus maju dan didoakan semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rahmatNYA. Amin..............