Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Tuesday, February 23, 2010

“Negaraku Brunei Darussalam”

12logona1

Syukur Alhamdulillah…

Selamat menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke –26 dengan tema

Negaraku Brunei Darussalam”

Definisi negara

  1. Masyarakat atau kelompok sosial yang menduduki wilayah tertentu yang mempunyai sistem pemerintahan politik dan kedaulatannya sendiri untuk menentukan arah tujuan kebangsaannya;

  2. Wilayah yang mempunyai sempadan geografi dan politik yang terletak di bawah kekuasaan kerajaan (pemerintah) tertentu: iaitu. Negara Brunei Darussalam

Tema ini menekankan rasa kepunyaan rakyat terhadap negara disamping memperlihatkan sesuatu pengakuan bahawa Negara Brunei Darussalam adalah negara kita. Rasa kepunyaan terhadap negara merangkumi seluruh yang berhubungan  dengan  negara  termasuklah  pemimpinnya,  kerajaannya, perlembagaannya, undang-undangnya, warisan budayanya, khazanahnya dan falsafahnya. Oleh itu, dengan pengakuan bahawa negara ini adalah negara kita, dan setiap milik negara ini kita rasakan milik kita juga, maka adalah menjadi tanggung jawab kita semua sebagai rakyat negara ini untuk :

a. mentaati raja

b. mengamalkan ajaran Islam sebagai cara hidup

c. memelihara warisan budaya bangsa

d. memelihara dan mempertahankan kedaulatan

e. Menghormati perlembagaan

f. Mematuhi undang-undang

g. Memelihara kestabilan politik

h. Meningkatkan kemajuan ekonomi

i. Meningkatkan taraf sosial penduduk

j. Menjaga maruah

k. Menjaga imej

l. Mengamalkan dan menghayati falsafah

m. Menjaga keamanan dan kesejahteraan

n. Mengekalkan kesepaduan dan keharmonian

Tema ini mengajak semua rakyat negara ini tanpa mengira umur, keturunan, pangkat, bangsa dan agama bagi sama-sama menunaikan tanggung jawab di atas agar negara ini akan sentiasa aman, sejahtera dan makmur serta kekal sebagai negara Melayu Islam Beraja.

Oleh sebab tanggung jawab di atas merupakan tanggung jawab berpanjangan maka dicadangkan agar tema ini dikekalkan saja secara berterusan sehinggalah tiba masanya difikirkan untuk ditukar dengan tema yang lain.

Huraian Tema Hari Kebangsaan ke-26.

 

2 comments:

Brunei Kumbang said...

alhamdulilah hari ini negaraku cukup dewasa dlm menyambut hari Kebagsaannya yg ke 26 muga dgn angka yg cukup matang ini negara semakin maju dn smakin cukup bertambh taraf dgn wawasan beragama, berbudaya bangsa, berdaulat, menghormati perlembagaan,undang2, ekonomi grownup, peningkatan sosial penduduk dan jalanraya & infrstruktur, bermeruah n berfalsafah, aman damai serta solid harmoni..amiiiin...

Tema: (Negaraku Brunei Darussalam) sebagai mcm pengakuan dan bersedia menjaga hak2 negara kita dbawah kerajaan (pemerintah)tulin dan sejati.

semoga tema yg berlambangkan pengakuan negara akan terus dtanai dan dmajukan serta dnaikkn taraf dlm semua aspek kehidupan dan bidang oleh kita semua...

Majulah negaraku makmorlah Brunei Darussalam....>

Wasalam
Pro Brunei Darussalam seblum merdeka dan sesudah merdeka
Brunei Kumbang

KlikKlik said...

Selamat Hari Kebangsaan ke 26 "Negaraku Brunei Darussalam" Tema yang antara lain mengajak kita untuk mempertahankan kadaulatan dan maruahnya. Brunei Darussalam adalah negara tumpah darah kita yang wajar kita pertahan dan perjuangkan keharmoniannya. Kita tidak perlu berjuang mengangkat senjata di medan perang. Kita cuma perlu mengisi ilmu dunia dan akhirat bagi memaju dan mempertahankan keutuhannya sebagai sebuah negara MIB.

Tidak pula dinafikan masa depan negara penuh cabaran namun kita hadapi ia dengan IMAN.