رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)". 14:41
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” 49:10
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الآخِرَةَ وَلا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الأرْضِ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” 28:77
p/s: will post the others soon, insyaallah.
Wassalam.
2 comments:
--Baru-baru ini seorang ustaz, pendakwah terkenal Malaysia menyebut beberapa panduan penting untuk membina hubungan, ukhuwah yang dikehendaki Allah.
--Menurutnya, dalam hadis sahih Nabi s.a.w. menyebut 'Tidak akan masuk syurga orang yang memutus tali silaturrahim, walaupun dia bersolat, berpuasa dan seumpamanya..' kerana ukhuwah adalah satu kewajiban dalam beragama.
--Menurutnya lagi, membina ukhuwah/hubungan perlu berdasarkan ilmu dan kekuatan hati yang bersih kerana hadis mengatakan 'hati yang bersih menandakan pintu kebaikan.'
--Syarat-Syarat ukhuwah antaranya:
1. Ikhlas kerana Allah
2. Tegak kerana agama
3. Setia dalam susah dan senang.
--Petikan di atas semuanya diperolehi dari ceramah ustaz/pendakwah yang berkenaan yang disiarkan oleh televisyen Malaysia.
--Semoga ada pengajaran yang boleh kita praktikkan bersama, lebih-lebih lagi untuk angah yang sudah memasuki waktu senja. Moga-moga tidak sia-sia rukun Islam yang diamalkan hanya kerana tidak berukhuwah.
--Pembetulan atau tambahan dari ahli yang lebih pakar sangat-sangat diharapkan bagi membisai dan melurusi lagi dapatan yang sedikit ini.
Terima kasih.
Wassalam.
dalam kita menjalin persahabatan, menjadi lumrah jika ada tersinggung atau ‘terluka’ di hati. Disebabkan kata-kata, kita mungkin akan menyakiti hati sahabat atau disakiti. Namun cubalah berlapang dada kerana itulah serendah-rendah tingkatan ukhuwah.
Kita seringkali mahu sahabat kita menjaga hati kita, namun adakah kita juga melakukan perkara yang sama? Kita ingin sahabat memahami kita tetapi adakah kita cuba memahami sahabat kita? Kita damba sahabat kita membantu kita dalam suka duka, adakah kita juga melakukan perkara yang sama? Kita harapkan sahabat kita sebagai pendengar yang baik tika kita dalam kebuntuan, apakah itu juga berperanan yang sama?
Andai kita disakiti, mungkinkah untuk kita melafazkan “ Mungkin inilah tarbiah buatku, agar menjadi sahabat yang sebenar-benarnya” .
Boleh jadi ‘kesakitan’ yang kita rasa itu adalah peringatan daripada Allah kepada kita untuk kita reflek diri. Fikir-fikirkan.
Usah mengharapkan perkara yang lebih daripada apa yang pernah kita lakukan. Berusahalah menjadi sahabat yang baik kepada orang lain, insyaAllah akan hadir sahabat yang baik buat kita.
Hargailah persahabatan yang sedia ada.
Post a Comment