Minggu ke 9 menyaksikan perubahan besar di kelompok teratas liga yang masih diterajui oleh pasukan nexus. Namun begitu sekarang ini nexus cuma berada 1 mata di hadapan pasukan yang menduduki tangga kedua minggu ini iaitu pasukan Fantasy. Walaupun menduduki tangga kedua, setakat ini pasukan Fantasy belum lagi berjaya melayakkan diri ke liga elite cihm. Pasukan Ra112 pula ketika ini menduduki tangga ke 3 liga. MF fc pula jatuh satu anak tangga untuk menduduki tangga ke4. Rad_zayau meneruskan kemaraannya apabila berjaya melonjak satu lagi anak tangga untuk menduduki tangga ke 5. Lain pula halnya dengan pasukan Detik2bahaya yang ketika ini jatuh ke tangga ke 6. Apakah tekanan dari komen beliau yang begitu yakin untuk memintas pasukan nexus sekaligus menjuarai liga ini menjadi satu tekanan besar?Embun baru naik ke tangga ke 7 dalam usaha pasukan tersebut untuk memperbaiki kedudukan setelah jatuh dari persada liga pada permulaan musim. Tetapi pasukan atasan yang paling tertekan ketika ini ialah pasukan selingkuh Fc. Mana tidaknya, bermula perlawanan minggu ini menduduki tangga ke 2 dan mengakhirinya pada tangga ke 8. pasukan tufie fc dan rozaaz melengkapkan senarai top 10 carta liga pada minggu ini.
Walau bagaimanapun, bukanlah pasukan dari top 10 atau top 20 yg melayakkan diri ke liga elite cihm pada minggu ini. Buat minggu kedua berturut-turut pasukan yang menjuarai sekaligus melayakkan diri ke liga elite cihm ialah pasukan dari kelompok bawah. Pada minggu ini pasukan yang menduduki tangga ke 34 iaitu pasukan embun pagi berjaya melayakkan diri ke liga elite cihm.
sekarang ini sudah 11 pasukan yang diketahui melayakkan diri ke liga elite cihm.cuma tinggal 13 tempat yang menjadi rebutan. pasukan di tempat kedua liga ketika ini pun belum melayakkan diri atau terpaksa bergantung nasib pasukan tersebut pada hujung kelayakkan untuk memastikan top 5 liga yang belum melayakkan diri.
carta pungutan mata minggu ke 9:
1) embun pagi(34) 73mata
2) Ra112(3) 68mata
3) stukin belacan(28) 68 mata
4) exalted(37) 66 mata
5) fantasy (2) 63 mata
dari carta di atas ini, cuma pasukan ra112 yang sudah melayakkan diri dan dari sini juga kita dapat saksikan penguasaan juara mingguan ketika ini lebih di dominasi oleh pasukan yang belum melayakkan diri. Empun pagi sudah dapat menarik nafas lega dengan menjadi juara minggu ke 9 setelah kecewa pada minggu ke 8 dengan menduduki tangga ke 2 carta minggu ke 8.
Persaingan untuk merebut top 5 yang belum melayakkan diri ketika ini pula semakin sengit. Banyak pasukan yang berada di kelompok tengah liga sudah mula mengatur gerakkan untuk memastikan sekurang-kurangnya berjaya melayakkan diri dengan memastikan top5 carta liga pada penghujung saingan kelayakkan.
carta penuh ketika ini:
1) nexus (Q)
2) Fantasy 479 mata
3) Ra112 (Q)
4) MF FC (Q)
5) Rad_Zayau 462 mata
6) Detik2bahaya (Q)
7) Embun Baru (Q)
8) Selingkuh Fc (Q)
9) Tufie fc 432 mata
10) rozaaz 432 mata
11) Tukang Masak Fc 423 mata
12) acukumah10 418 mata
13) sinarx fc 413 mata
14) topkumbangmu (Q)
15) inception fc (Q)
16) lampu hijau fc 393 mata
* pasukan yang di terangkan ketika ini menduduki top5 yang belum layak.
carta bulan oktober pula yang tinggalsatu minggu perlawanan saja lagi ketika ini seperti berikut:
1) kirinankiri fc (Q)
2) Ra112(Q)
3) very big fish F.C 173 mata
4) Fantasy 169 mata
5) Rad_Zayau 158 mata
6) stukin belacan 158 mata
minggu ini ada dua slot jadi rebutan..satu bagi juara mingguan dan satu bagi juara bulanan. Apakah kejutan yang terjadi pada minggu ini pula..sama-sama kita nantikan
Ciri-ciri baru Blog CiHM
New Features!
- Links didalam Upcoming Events boleh di klik. Ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli yang melayari blog CiHM untuk mengemas kinikan tentang akitiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh CiHM.
- Senarai perkataan yang dipost untuk artikel "Sehari Sepatah Kata - Mari Mengenali Bahasa Tutong" telah disediakan di bawah kategori Archives.
- Untuk memberi komen post, anda boleh mengklik link yang berada di sebelah kanan bawah post tersebut.
Blog Posts
Upcoming Events
Function | Event Date |
---|---|
Belajar menguruskan jenazah | Dec |
Reminder
Tuesday, October 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Handaal jua si adik atu.. Melonjat no5 tia sdh..
Post a Comment