Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Friday, November 19, 2010

Penghargaan...

Assalamualaikum semua,

Alhamdulilah, pada dua hari yang lepas (17/11/2010), CiHM telah berjaya sekali lagi mengadakan acara korban, dan pada tahun ini 1 ekor kerbau dan 3 ekor kambing telah dikorbanka. Ini ditambah lagi dengan 1 ekor kambing untuk diakikahkan.

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana memberikan kita peluang dan rezeki untuk mengadakan majlis tersebut, dan alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Disini saya sebagai wakil komiti CiHM dan tuan rumah (Angah) ingin mengucapkan ribuan terima kasih keatas kehadiran para warga CiHM sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada Pajis, kerana sudi sekali lagi untuk menjadi pengurus majlis korban pada tahun ini. Tidak dilupakan Cahak, Camid, Unc Awang, Bungsu Malee diatas kesudian menjadi "Ketua memotong" daging, diikuti oleh AiHM yang lain termasuk Uda laki dan bini, Uwa laki dan bini, Bu Ara dan AiHM yang lain. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada CiHM yang turut terlibat dalam memotong daging, termasuk Ka En, Ka DD, Afiq, Aiman, Akmal, Amin, Raqib, Abg Mamat dan yang lainnya.

Fotografer, Abg Hasrin, penghargaan juga diberikan kepada beliau, kerana sudi untuk mengambil gambar.

Ucapan terima kasih diteruskan lagi bagi Bungsu Lijah, Buyus dan yang lain kerana sudi berpenat lelah bagi menyediakan juadah untuk dimakan, apa lagi dalam hal "menutug" ambuyat.

Penghargaan khas kepada Penaung (Hjh Aisyah nini tersayang, Presiden dan Timbalannya (abg zul dan ka inung), Pengerusi dan Timbalannya (Amin dan Abg Mamat) kerana sudi hadir dan turut serta dalam majlis ini.

Tahniah juga diucapkan kepada CiHM kerana berjaya menjayakan lagi majlis ini, dan alhamdulilah setiap ahli tahu akan pentingnya untuk "bekerjasama" dalam menjayakan sesuatu itu.

Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada SEMUA warga CiHM. Mohon maaf jika ada ketinggalan nama, bukan disengajakan, penghargaan ini adalah untuk SEMUA.

1 comments:

angah said...

--Pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emasboleh dibayar;
hutang budi di bawa mati.

--Pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang dua,
hancur badan dikandung tanah;
budi yang baik dikenang jua.