BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Penjara Jerudong hari ini menerima dua lawatan berasingan masing-masing dari Jabatanarah Keanggotaan Kementerian Pertahanan dan keluarga cucu Imam Haji Muhammad.
Ketibaan rombongan pelawat berkenaan dialu-alukan Pegawai Penjara Zulhilmi Haji Bakri, Ketua Wadar Amir Haji Syawal dan Wadar Wanita Siti Habibah Haji Mahbub, pegawai dari Teknologi Maklumat, Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penjara.
Rombongan diperdengarkan taklimat berhubung fungsi dan peranan Institusi Penjara Jerudong dan setelah itu dibawa melawat ke Galeri Jabatan Penjara. Dalam lawatan itu, rombongan juga berkesempatan menyaksikan demonstrasi perlaksanaan hukuman sebat rotan.
Artikel dipetik melalui http://mediapermata.com.bn/sabtu/jan1t17.htm
2 comments:
--Diharap semua anaknda dan cucunda yang telah mendapat peluang menyertai lawatan ini akan sentiasa mengamalkan sikap berwaspada / berhati-hati terhadap sebarang gejala NEGATIF.
***RALAT / PEMBETULAN
--semua anaknda dan cucunda yang mendapat peluang dan yang belum berpeluang membuat lawatan ini
Post a Comment