BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan - Pada hujung minggu lalu sebelum sesi persekolahan di negara ini dibuka, untuk julung kalinya, satu lawatan ke Penjara Jerudong dianjurkan oleh keluarga besar Imam Haji Muhammad dari daerah Tutong.
Rombongan pelawat berkenaan membabitkan semua anak-anak Imam Haji Muhammad serta para cucu dan cicit beliau.
Menyambut ketibaan rombongan ialah ketua jabatan penjara berkenaan, Awang Zulhilmi Haji Bakri, Ketua Warden, Awang Amir Haji Syawal dan Warden Wanita Dayang Siti Habibah Haji Mahbub.
Menurut jurucakap rombongan berkenaan, Awangku Amin Muhyiddin Pengiran Haji Mohammad, salah satu sebab diadakan lawatan itu ialah untuk mendedahkan generasi muda dengan persekitaran di penjara sekali gus menanam sikap positif untuk mengelak diri melakukan pelbagai perkara yang menyalahi undang-undang negara termasuk menyalahgunakan dadah.
Beliau berkata demonstrasi sebatan dengan rotan ke atas mereka yang melanggar undang-undang ternyata memberikan kesan terbaik kepada para peserta rombongan.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan terus dari semasa ke semasa menganjurkan lawatan ke pelbagai institusi lain di negara ini.
Terdapat gambar ramai kita di Mediapermata hari ini.klik sini untuk menyaksikan artikel tersebut.
5 comments:
destinasi lawatan seterusnya buat voting lah kemana..
museum ??Dst??Rtb??Lng??bmc??
its either me or the link is broken. :/
cuba lagi..aku buka disini mau..
yunman:ask our president and chairman..melawat d luar negara?hehehe
lawatan ke Kawalan Biro Narkotik kah ok jua tu
Post a Comment