Ciri-ciri baru Blog CiHM
New Features!
- Links didalam Upcoming Events boleh di klik. Ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli yang melayari blog CiHM untuk mengemas kinikan tentang akitiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh CiHM.
- Senarai perkataan yang dipost untuk artikel "Sehari Sepatah Kata - Mari Mengenali Bahasa Tutong" telah disediakan di bawah kategori Archives.
- Untuk memberi komen post, anda boleh mengklik link yang berada di sebelah kanan bawah post tersebut.
Blog Posts
Upcoming Events
Function | Event Date |
---|---|
Belajar menguruskan jenazah | Dec |
Reminder
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Sungguh Bulan Ramadhan ini penuh keberkahan, apabila amalan fardhu kita dilipat gandakan.
Sungguh Bulan Ramadhan ini bulan yang mulia, apabila amalan sunat kita diberi ganjaran seperti amalan fardhu di bulan lainnya.
Sungguh dengan adanya puasa ini, kita mampu untuk menahan hawa nafsu kita dan menambahkan amal ibadah kita.
Sungguh Bulan Ramadhan bulan yang suci, apabila kita dapat menghindarkan segala maksiat maksiat ataupun kemungkaran yang selalu kita buat.
Sungguh.. Ramadhan ini lah mempunyai peluang terbesar untuk titik tolak kita untuk menjadi insan yang lebih baik
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad)
Post a Comment