Hampir seminggu sudah berlalu. Ketibaan Muharram, bulan pertama dalam kalendar Hijrah membuat aku teringat akan sesuatu. Sesuatu yang pada suatu ketika dahulu amat menarik perhatianku. Aku tiba-tiba teringat. Ingatan yang hanya sekadar menguji mindaku. Minda seorang hamba Allah yang semakin dimamah usia.
Sebenarnya, Muharram, bukan sekadar nama khas bagi bulan dalam kalendar Islam sahaja, malahan turut menjadi nama khas bagi orang. Orang yang diberi nama Muharram mengambil sempena kelahirannya pada bulan Muharram. Begitulah yang empunya nama Safar atau Sapar, sempena kelahirannya pada bulan Safar, Rejab dilahirkan pada bulan Rejab. Saban dilahirkan pada bulan Sya`ban, Sawal pula bersempena bulan Syawal. Bunyi Sapar, Saban dan Sawal mungkin kerana kesesuaiannya dengan lidah Melayu.
Bukan sahaja nama-nama bulan, nama-nama hari pun menjadi pilihan segelintir masyarakat. Maka terdapatlah beberapa orang yang bernama; Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis atau Kamis dan Juma`at atau Jumahat atau Jumat. Secara otomatik orang yang empunya nama Sabtu sebenarnya dilahirkan pada hari Sabtu. Begitulah seterusnya.
Demikian secebis pengetahuanku yang mungkin boleh menambah khazanah ilmu bagi generasi baru yang belum tahu.
Wassalam.
Ciri-ciri baru Blog CiHM
New Features!
- Links didalam Upcoming Events boleh di klik. Ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli yang melayari blog CiHM untuk mengemas kinikan tentang akitiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh CiHM.
- Senarai perkataan yang dipost untuk artikel "Sehari Sepatah Kata - Mari Mengenali Bahasa Tutong" telah disediakan di bawah kategori Archives.
- Untuk memberi komen post, anda boleh mengklik link yang berada di sebelah kanan bawah post tersebut.
Blog Posts
Upcoming Events
Function | Event Date |
---|---|
Belajar menguruskan jenazah | Dec |
Reminder
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment