Terima kasih para pembaca BAHASA TUTONG "on" lagi !!! lebih-lebih lagi kepada para pengulas dalam ruangan komen. Awda/anda semua sebenarnya turut menjadi pembakar semangat saya sekaligus menjadi pencetus ilham saya untuk membuat catatan dan menerbitkannya sebagai bahan perkongsian.
Pengulas 'anonymous' memberi satu contoh BAHASA TUTONG (BT) lunon yang bermaksud dihidupkan. Kata hidup dalam BT disebut mulun. Contohnya dalam ayat; Puta mulun dalom mpa. Ertinya dalam BAHASA MELAYU (BM); Ikan hidup dalam air.
Jadi, kata lunon BT itu mungkin berasal daripada kata mulun. Apabila mulun ditambah on, maka terbit bunyi ulunon/lunon, [m] tidak dibunyikan. Sama seperti kata umbaon (diminum) berasal daripada kata mumba (minum). Apabila ditambah 'on' menjadi umbaon/mbaon, [m] di awal kata tidak dibunyikan. Jika demikian, benarlah 'on' di akhir kata BT itu berfungsi sebagai PENAMBAHAN AKHIRAN sebagaimana yang dinyatakan pada keluaran lepas (Saturday, December 15, 2012).
Sekian. Sampai jumpa lagi, terima kasih, terima kasih!
* Untuk perhatian; catatan saya berkenaan BAHASA TUTONG adalah hasil perhatian saya sendiri sebagai penutur jati Bahasa Tutong, tanpa merujuk mana-mana kajian ilmiah.
Ciri-ciri baru Blog CiHM
New Features!
- Links didalam Upcoming Events boleh di klik. Ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli yang melayari blog CiHM untuk mengemas kinikan tentang akitiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh CiHM.
- Senarai perkataan yang dipost untuk artikel "Sehari Sepatah Kata - Mari Mengenali Bahasa Tutong" telah disediakan di bawah kategori Archives.
- Untuk memberi komen post, anda boleh mengklik link yang berada di sebelah kanan bawah post tersebut.
Blog Posts
Upcoming Events
Function | Event Date |
---|---|
Belajar menguruskan jenazah | Dec |
Reminder
Saturday, December 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Usaha ini wajar kita 'Ulunon'
Usaha ini wajar kita sokong
Usaha ini wajar kita ambil berat
Usaha ini wajar kita teruskan
Post a Comment