Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Sunday, June 12, 2011

Assalamualaikum my dearest AiHM and CiHM family!

Boss Radhi was asking me last time "apa kan banci ani?"

Since this blog makin hari makin sunyi... I would like to take this opportunity untuk memperkenalkan arah kamu especially yang damit-damit dan yang muda-muda about "Banci Penduduk dan Perumahan 2011".


Saya ingin berkongsi sedikit info tentang banci penduduk ani since I am currently working at JPKE as attachment student. Alhamdulillah 3 urg CiHM telah di lantik sebagai pegawai banci untuk tahun ini.

Banci Penduduk dan Perumahan di adakan SEPULUH TAHUN SEKALI.

Apa itu Banci Penduduk dan Perumahan (BPP)?

Banci merupakan sumber maklumat yang paling menyeluruh kerana ia memberikan maklumat tanda aras bagi perangkaan demografi, ekonomi dan social. Maklumat dari banci ini merupakan input penting bagi negara dari segi penilaian dan pembentukan dasar, serta untuk rancangan pembangunan.

BPP meliputi semua orang , samada rakyat Negara Brunei Darussalam,penduduk tetap atau penduduk sementara, mengikut tempat tinggal biasa mereka di negara ini.

Objektif banci:

  • Untuk mengumpulkan maklumat yang lengkap dan terkini mengenai jumlah penduduk dan isirumah di negara ini serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi penduduk.
  • Untuk mengumpulkan maklumat yang lengkap dan terkini mengenai jumlah perumahan di negara ini dan ciri-ciri keadaan perumahan tersebut serta kemudahan-kemudahan isi rumah.

Banci ada dua peringkat:

1- Peringkat Penomboran : 1hb April hingga 30hb April 2011
2- Peringkat Menemuduga : 20hb Jun hingga 3hb Julai 2011

Masa ani (13hb -19 hb Jun 2011) pegawai banci di tugaskan untuk mengedarkan borang tanya banci kepada semua ketua isi rumah sebelum tempoh banci bermula... So ketua isi rumah buleh menyediakan awal maklumat yang di perlukan untuk di temuduga oleh pegawai banci atau ketua isi rumah boleh mengisikan sendiri borangtanya banci dan akan disemak oleh pegawai banci.

Untuk keselamatan bersama jua, kalau ada pegawai banci dtg ke rumah kitani.. pastikan ia ada PASS BANCI dan SURAT LANTIKAN BANCI.. Pegawai-pegawai banci ani bekerja di waktu malam jua kan.. so ada baiknya tani tanyakan dulu pass dan surat banci nya atu..

Okay.. sekian dari saya...

I'm hoping that AiHM dan CiHM family memberikan kerjasama to pegawai banci nanti!

Hidup CiHM! :)

2 comments:

jalan satu baris said...

Salam ceria...
Alhamdulillah..syabas jua perlu dibagikan pada cihm...yg ikut serta dlm banci penduduk negara...pengelaman dari banci ani pernah jua saya alamini...dulu2nya musim jalan belum d upgrade...lebih2 lagi ketika itu ketua rumah tangga belum byk pandai mamakai ballpen kalau batang kayu api memang udah tertanam subur dikepala penghuninya...kalau ditanya tentang pendapatan..wah wah..hasil mengail dan mengambil pakis memang routin dan sensasi..sering mendatangi rumahnya ditinggalkn kosong demi kehidupan harian yg tidak menghitung bulan seperti sekarang...

walaupun terasa rumit dan penuh cebaran...namun delima demi bersama membantu negara yg tercinta menjadi pemangkin semangat...lebih2 lagi masa itu saya di tugaskan dlm mukim Lamunin...wah lumayan besar deh...

tpi saya penuh bersukur...kerana lebih awal mengerti etika banci seumur cihm yg ikut serta masa ina...saa...

di sanalah tertanam beberapa andaian..betapa pengelaman membaci penuh memberi...harta kehidupan masa dulu dan sekarang...kayanya ala mentri, terfikirlah dimemori daun pisang susah dan senangnya sesuatu kehidupan didepan mata...hehehe selamba saya berfikir munkin pak mentri tandus jua tentang pengelaman yg berharga ini.

Kalau dulu pun jua menggunakan Pass tetapi di kg pendlaman hibahan tentang pass tidak menusuk di telinga tuan rumah..bukan mcm sekarang...malah kerbau dan babi pula yg sering beraksi..sunggah penuh dugaan dan byk penglaman.

Alhmdulilah semua berjalan lacar...atas semangat dan amanah demi negara selesai tepat pada waktunya...

sekadar mengisi...pengelaman dan menyukat2 rasa hasil dari banci dulu2nya..semuga negera semakin maju dan rakyatnya makmur.

sekilas pengelaman
dari meja:
sentuhan banci

angah1812 said...

--Syabas H.A kerana meluang waktu memberi maklumat berkenaan BANCI, walaupun ringkas namun berinfomasi.
--Beginilah caranya..saling kongsi mengongsi, berinteraksi dan berkomunikasi.
--Tahniah CiHM yang melibatkan diri dalam tugas 'membanci' pada tahun ini.
--Laksanakanlah tugas anaknda-anaknda dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
--Saya tertarik dengan komentar jalan satu baris di atas.Begitulah indahnya pengalaman, biarpun sukar dan pahit tetapi nilai dan harganya tidak dapat ditaksir, tidak dapat diukur dan disukat.
--Kepada anaknda Boss Radhi dan yang seangkatan,hehe....dalam bahasa Melayu Brunei 'banci'= benci (tidak suka)dalam bahasa Melayu standard = 'hate' dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Indonesia 'banci' membawa makna pondan.
--Semoga kita sentiasa mendapat ilmu yang bermanfaat dan dapat memanfaatkan ilmu kita.Amin...