Blog Posts

Upcoming Events

Function Event Date
Belajar menguruskan jenazah Dec

Reminder


*barangsiapa yg ingin mengadakan Ratib Al-Attas di kediaman mereka boleh menghubungi chairman kita

easikad boleh didapati arah Hamizan, Hasbulhadi dan Amin. Pesanan khas buleh juga tekan pada gambar Card di Bawah... tQ

kepada ahli keluarga yg ingin meminjam buku tahlil dan rattib al attas dari committee cihm boleh menghubungi chairman kita atau vice chairman


Monday, October 11, 2010

MASIH ADA PELUANG!!!

saya di sini ingin memaklumkan bahawa juara liga fantasy cihm akan mendapat hadiah. Diharapakan adanya hadiah walaupun ala kadar boleh membuatkan peserta-peserta semakin bersemangat untuk berdaya saing di dalam liga fantasy cihm ini.

Bagi memberi peluang yang seimbang untuk pasukan-pasukan yang baru menyertai, saya telah memutuskan membuat satu kelayakan untuk memasuki liga head to head cihm. sebanyak 24 pasukan yang terhebat dari liga kita masa ini layak untuk menyertainya. Liga head to head ini telah dinamakan sebagai "liga elite cihm". Liga ini akan dimulakan pada minggu ke enam belas. Setiap pasukan akan bermain secara liga satu pusingan.

pasukan-pasukan yang layak untuk menyertai adalah seperti berikut:
-juara mingguan dari minggu pertama hingga ke minggu limabelas.
-juara bulanan bagi bulan ogos,september,oktober dan november.
-5 pasukan teratas setelah selesai perlawanan minggu ke limabelas.

pemilihan juara:
jika sekiranya terdapat 2 juara mingguan maka akan dikira bonus yang mereka dapati. sebagai contoh juara minggu ke-7 saatkecemasan dan jgnpumcit fc mendapat mata yang sama untuk menjuarai minggu ke-7. Akan tetapi bonus pemain memihak kepada saatkecemasan dengan memperolehi 3 mata berbanding dengan jgnpumcit fc 2 mata.

bagi juara mingguan atau juara bulanan yang sudah pun melayakkan diri, maka dengan sendirinya pemenang tempat kedua akan melayakkan diri. Bagi 5 tempat teratas setelah selesai perlawanan minggu ke 15 yang sudahpun melayakkan diri maka pasukan yang berada tempat ke 6 dan seterusnya akan layak.

pasukan yang layak setakat ini:
1) detik2bahaya (juara minggu 1)
2) ra112 (juara minggu 2)
3) selingkuh fc (juara minggu 3)
4) Embun baru (juara bulan ogos)
5) MF FC (juara minggu 4)
6) topkumbangmu (juara minggu 5)
7) kirinankiri F.C (juara minggu 6)
8) nexus (juara bulan september)
9) saatkecemasan (juara minggu 7)

masih ada 15 tempat untuk direbuti. Jadi kepada semua pengurus pasukan berusahalah dengan gigih untuk merebut peluang ini. Jgn sampai pumpcit.

Pesanan bagi semua pengurus yang telah layak memasuki "liga elite cihm" supaya tidak lupa mendaftar nanti untuk mengikuti liga head to head cihm.

Untuk peringatan lagi liga yang sekarang kita mainkan masih juga dijalankan hingga selesai walaupun "liga elite cihm" telah ditubuhkan nanti.

Sekian,

1 comments:

amin said...

ehem2 siapa2 yang mau bank in tuk bli hadiahnya gto sha kadiaku k.