SEKARANG MENDUDUKI TANGGA KE 4 DENGAN 503 MATA HANYA KETINGGALAN 22 MATA DARI YANG PERTAMA . MENDUDUKI N0 103 BAGI NEGERI BRUNEI SETAKAT INI

Function | Event Date |
---|---|
Belajar menguruskan jenazah | Dec |
Assalamualaikum…cuma ingin berkongsi dengan ahli-ahli cihm semua..sedikit gambaran conference yang saya ikuti selama 2 hari di Kuala Lumpur. Lokasi bagi conference tahun ini adalah di Crowne Plaza hotel (berdekatan dengan KLCC & Pavillion).
HITB adalah singkatan bagi Hack in The Box, dan ianya adalah satu badan/komuniti yang berkaitan dengan hal-hal “cyber security/hacking”. Conference ini diadakan setiap tahun, bagi membincangkan dan mengongsikan ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut.
Pada tahun ini, seramai lebih 10 orang yang sudah popular dikalangan komunity cyber security hadir bagi mengongsikan hasil kajian terbaru mereka. Gambar-gambar dibawah adalah sebahagian daripada yang sempat dirakamkan semasa conference tersebut:
- Agenda HITB bagi tahun ini…
- sebahagian daripada orang yang hadir…
- Lock picking village..tempat belajar cara mematahkan sekuriti kunci
- Nah ini dia group yang expert dalam mematahkan sekuriti kunci….dipanggil “ToooL”…berasal dari Amsterdam
- Capture the flag…pertandingan memecahkan sistem sekurit…ada 8 kumpulan yang harus mencuba untuk memecahkan sistem satu sama lain…
- Ini adalah team dari Japan dan Vietnam…jangan pandang rendah akan “kehandalan” Vietnam..
- sebahagian dari team-team yang mengikuti pertandingan tersebut..
- yang ini…adalah junior saya…jangan tergoda dengan keayuannya..hacking skillnya sudah boleh dikatakan expert…
ok la…mungkin itu sahaja dulu untuk post saya kali ini….
assalamualaikum…
Setelah diumumkan pada awal minggu ini oleh pengerusi cihm mengenai liga elite cihm, 9 slot untuk layak ke liga elite cihm telah diketahui,minggu ini bakal menyaksikan 1 lagi pasukan bakal melayakkan diri ke liga elite tersebut.persoalanya sekarang pasukan manakah yang bakal mengisinya?
Setelah berehat pada hujung minggu lepas, perlawanan fantasy bersambung semula minggu ini yang bakal menyaksikan 1 pasukan melayakkan diri ke liga elite cihm dengan menjuarai carta minggu ini. Pada minggu ke-7, sebanyak 7 pasukan Berjaya mengungguli carta dengan mata melebihi 50. Namun begitu dari 7 pasukan tersebut, lima daripadanya sudahpun melayakkan diri ke liga elite cihm. Dua pasukan yang belum melayakkan diri tersebut ialah pasukan Tufie Fc dan pasukan JgnPumcit Fc yang hanya tewas menerusi kiraan bonus pasukan. Bolehkah kedua pasukan ini melayakkan diri pada minggu ini? harus kita ingat juga bahawa masih banyak pasukan yang menduduki tangga teratas liga ketika ini belum melayakkan diri. Mungkinkah kita menyaksikan kebangkitan pasukan seperti sinarx fc atau Tukang Masak FC sekaligus melayakkan diri ke liga elite cihm?Pasukan-pasukan yang berkedudukan carta bawah liga jangan pula dilupakan, ini terbukti apabila kirinankiri fc yang masih berada dalam kelompok tersebut sudahpun melayakkan diri. Apa mungkin kali ini giliran kananrikanan fc pula yang melayakkan diri?
Dalam persaingan untuk menerajui liga pula nexus mengalami tekanan hebat dari pasukan dibawahnya yang mana nexus hanya mendahului dengan 2 mata berbanding dengan 19 mata pada sebelumnya. Mungkinkah pasukan Detik2bahaya Berjaya memintas pasukan nexus atau ada pasukan lain yang lebih menyerlah untuk memintas dan menerajui liga?Apakah keyakinan pengurus Detik2bahaya ketika ditemubual dapat ditafsirkan ke carta liga? pasukan saatkecemasan pula semakin mendaki liga ketika ini dan diberitakan pengurusnya telah menjalani krusus strategi di luar negara pada minggu ini untuk memastikan pasukannya dapat merapati jurang pasukan diatas. Sama-sama kita nantikan keputusan fantasi minggu ke 8 ini.
Dua minggu yg lalu awda ketinggalan sebanyak 19 mata tetapi sekarang hanya 2 mata membezakan pasukan awda dengan pendahulu liga,Apa perasan awda ketika Berjaya menghampiri dengan pendahulu liga?
Saya berasa gembira kerana dua minggu yang lepas saya telah jauh ketinggalan. Namun sekarang saya masih dapat membuat saingan yang segit kepada pendahulu liga.
Sekarang ini baru hendak memasuki ke minggu ke8 perlawanan,adakah awda yakin untuk mengekalkan prestasi ini sekaligus memintas untuk mendahului carta?
Selagi tidak ada pemain-pemain yang saya pilih cedera, selagi itu saya yakin dapat untuk mengekalkan prestasi saya. Jika ada rezeki pasukan saya boleh mendahului carta liga ini.
Siapakah yang awda rasa bakal menjuarai liga ini?
Sudah pastinya saya yang bakal menjuarai liga ini.hehe
Pada bulan pertama embun baru menerajui carta dan kemudiannya mengalami kemerosotan,apakah nexus juga bakal menghadapi tekanan yg sama sebagai peneraju ketika ini?
Jika nexus tersilap langkah di dalam kendaliannya, maka tidak mustahil nexus jaga akan bakal menghadapi tekanan yang sama.
Setiap pasukan memiliki wildcard play..apakah pasukan awda sudah mengunakannya?
Sayangnya saya sudah mengunakannya
Kenapa awda rasa perlu untuk menggunakan wildcard di awal musim ini?
Saya perlu menggunakam wildcard di awal musim kerana banyak pemain yang saya pilih di awal musim pumpcit.
Bagi pendapat awda perlukah liga ini dikekalkan dalam kiraan seperti yang sedia ada atau menukar pada pertengahan musim dengan memilih pasukan yang layak untuk bermain secara liga satu pusingan dalam kiraan head to head?
Bagi pendapat saya kiraan head to head adalah perlu diadakan kerana ianya dapat memberi persaingan ini semakin hebat lagi.
Dalam liga ini,penyertaan yang mengalakkan dari kalangan aihm,diantara mereka itu siapakah yang dapat mengugat atau mencabar di puncak liga?
Bagi saya topkumbangmu yang dapat mengugat dan mencabar di puncak liga
Menurut laporan minggu lepas,pasukan awda di anggap favourite untuk menjuarai cihm league,bagaimanakah cara awda mengendalikan pasukan sebagai favourite ini?
Sentiasa pastikan pemain-pemain yang dipilih itu bagus dan mantap
Dalam pasukan awda terdapat 3 pemain dari pasukan Chelsea, apa yang membuatkan awda mengambil pemain dari kelab tersebut?
Bagi saya pasukan daripada Chelsea akan menyerlah dan akan menjuarai premier league pada musim ini.
Strategi pasukan awda pula sering kali meletakkan drogba sebagai ketua pasukan,dapatkah awda berikan komen sedikit kenapa awda memilihnya?
Daripada pendapat saya drogba adalah pemain yang menyerlah pada musim ini
Ini merupakan kali pertama cihm fantasy league di adakan,bagi pendapat awda patutkah ia diteruskan di masa hadapan?
Sudah pastinya saya berpendapat agar fantasy league ini dikekalkan kerana ini boleh mennggalakkan peserta untuk berdaya saing secara sihat.
Apakah perubahan yang perlu dibuat untuk menarik peminat dan ahli keluarga kita untuk menyertai liga ini?
Sentiasa beri galakkan kepada ahli untuk menyertai liga ini. Bagi yang belum pandai cara bermain boleh diberi tunjuk ajar cara bermain.
Dalam pemilihan pemain,apakah ciri-ciri yang awda fikirkan perlu di pertimbangkan sebelum memilih sesorang pemain itu?
Yang paling penting sekali pemain yang dipilih tidak pumpcit dan selalul main di setiap permainan.
Berapa Sasaran pungutan mata pada penghujung musim?
Berapa saja yang penting saya menjuarai liga ini.
Kalau dilihat pada kedudukan liga ketika ini,sudah 16 pasukan yang melebihi mata 300,apakah bagi awda ini menandakan satu pertandingan liga yang agak sengit atau sebagainya?
Bagi saya ini membuktikan bahawa peserta telah berusaha gigih untuk membuat persaingan yang sengit.
Pasukan mana pula yang bakal mencecah angka 400 terlebih dahulu?
Saya berpendapat pasukan Nexus yang akan mendahului.
Jika kita ingin membuat liga ini untuk head to head dengan memilih pasukan-pasukan yang layak untuk menyertainya,berapa pasukankah difikirkan sesuai untuk membuatnya?
Bagi pendapat saya sebanyak 22 pasukan yang layak untuk menyertainya.
Sekiranya kita memilih 22 pasukan yang layak untuk menyertai peringkat seterusnya,dengan secara tidak langsung pasukan yang masih berada dibawah akan berpeluang untuk melayakkan diri dengan ini juga mereka jua boleh menjuarai liga secara head to head nanti..adakah awda bersetuju dengan format ini?
Saya bersetuju dengan format ini untuk tidak menghampakan pengurus-pengurus yang baru mendaftar masuk di dalam liga cihm fantasy league ini.
Minggu lepas merupakan laporan buat julung-julung kalinya dalam cihm blog?apakah ianya perlu dikekalkan?apakah patut dibuat laporan bulanan atau mingguan?
Laporan ini bagus untuk dikekalkan untuk sama-sama berkongsi maklumat. Laporan boleh dibuat secara mingguan.